BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cHeNtAku2307,,,

About Me

My photo
Awokkk!!! Muhammad Shahnoor Azwan 25 June 1990 Cancer.... Kat cni aku nak berikan sekalung ucapan jutaan terima kasih kpd member2 yg brganding bahu menolong aku siapkan blog aku(wlaupun msih blum sempurna)ini wlaupun pada ktika itu dengan keadaan wireless yg very low,busy n kdaan yg kurang mnyenangkan,ktwang tetap brsabar.huhu..azimat dan semangat "Malaysia Boleh" dapat di aplikasikan dalam kerja kami ni,.Wa caya sama luu,,..

mY zOdIaC

Wednesday, September 9, 2009

PENANTIAN SEORANG PUNGGUK

burung pungguk hidupnya menunggu bulan purnama, sampai bilakah penantian itu akan tamat?

disini ada kisah seorang yg menyerupai burung pungguk. dan kisah ini juga akan menjawab persoalan di atas tu.

pada zaman yg tak di ketahui bila, ada seorang lelaki berada didalam rumahnya sambil duduk di atas kerusi dan menunggu sesuatu. dengan hanya di terangi cahaya dari tingkap rumahnya yg terbuka itu, lelaki itu terus menunggu. dan setiap saat penantian dia, dia hanya menfokuskan matanya kearah cayaha dari tingkap tersebut. dan dia terus menunggu. nafas degupan jantung dapat di dengarinya, dup, dap, dup, dap, dup yg membuktikan bahawa dia masih bernafas dan hidup sihat seperti hari2 kebiasaannya. sambil memerhatikan lagi cahaya tersebut, lelaki itu terus menunggu.

penantian yang lama itu dinikmati sepenuhnya oleh lelaki tersebut. jarang2 ada timbul juga persoalan dalam hatinya, sampai bilakah aku harus menunggu. itulah sifat lumrah seseorang dalam sesuatu penantian, apabila kita menunggu, persoalan itu selalu bermain di fikiran kita. kerana objektif menunggu ialah sesuatu yg kita tunggu itu kita dapat kecapi. menunggu dan terus menunggu, sambil menghirup udara dalam rumahnya, dia terus menunggu. mata lelaki tersebut masih menfokuskan kearah cahaya tingkap itu tadi. kerana hanya cahaya itu sahaja yg berupa zat yg terang di dalam rumahnya. dan adat dua mata di kepala kita ni, sememangnya lebih cenderong memerhati cahaya daripada kegelapan.

pinggang lelaki tersebut mula berasa lengoh2 kerana duduk atas kerusi. mungkin disebabkan badannya sudah penat menunggu. apapun ekpidisi menunggu itu masih di teruskan. di dalam hatinya berbisik2 bertanyakan sampai bila aku harus menunggu. dan kenapa dia harus menunggu. suatu penantian ini sangatlah menyeksakan. dan juga meletihkan. malah ia juga membuang banyak masa. kerana dengan menunggu, kita tidak dapat meneruskan atau membuat kerja harian kehidupan kita. menunggu membuat kita berada di tampuk yg sama. mungkin penantian itu sesuatu yg berbaloi, itupun jika penantian yg kita tunggu itu memberikan hasil seperti mana yang kita hajati daripada penantian tersebut. tapi, apabila penantian yg kita tunggu itu tidak memberi balasan seperti yang kita jangkakan, ianya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. ini kerana penantian atau menunggu itu sangatlah menyiksakan. bukan calang2 orang yang mampu menunggu begitu lama. Jika dia mampu menunggu lama pun, mungkin dia di dorong oleh sesuatu yang boleh menambah kuatkan azamnya untuk terus menunggu. seperti pungguk menunggu bulan. setiap malam dia melihat bulan yang mengeluarkan cahayanya dan pungguk tersebut menyirami tubuhnya dengan cahaya bulan itu tadi. itulah suatu zat yg mendorong burung pungguk itu menunggu.

ok, berbalik kepada lelaki didalam rumah itu tadi, nampaknya dia masih menunggu. dan dia masih duduk di atas kerusi sambil merenung cahaya yg datang dari tingkap rumahnya itu. pinggangnya mula berasa sakit2. mungkin kerana disebabkan dia sudah begitu lama menunggu. dan di dalam hatinya tertanya2, kenapa aku masih menunggu?. dan apakah yang aku tunggu?. tapi apapun lelaki tersebut terus bersabar menunggu. begitu cekal seorang lelaki apabila dia menjalani sesuatu penantian. munkin dia di dorong oleh sesuatu yang boleh membuat dia masih teguh untuk menunggu. disini kita masih tidak tahu siapakah yang mendorong lelaki itu menunggu. setelah menunggu dari awal kisah cerita ini tadi, lelaki itu masih menunggu dan menyambung setiap detik2 penantiannya itu. begitulah sifat menunggu. dengan hanya mengira berapa lama kah harus dia tunggu dan membilang detik2 saat jam untuk mengetahui berapa lama dia dah menunggu dan berapa lama lagi dia harus menunggu.

kita biarkan lelaki itu terus menunggu, kerana kita tahu tugasnya ialah menunggu kali ni. penantian itu sesuatu yg menyiksakan. apatah lagi menunggu sesuatu yang kita betul2 berharap. harapan besar menggunung itu menambah beban penyiksaan menunggu itu tadi. dan manusia tidak boleh lari dari menunggu. semua manusia dapat merasai saat menunggu tersebut. dan segala raja menunggu adalah tidak lain tidak bukan ialah apabila kita menunggu untuk menerima perhitungan daripada ALLAH s.w.t di akhirat kelak. penunguan itu lah sebesar2 penungguan. penantian itulah sebesar2 penantian. betapa seksanya kita, betapa takutnya kita, untuk menerima keputusan dari ALLAH s.w.t pada saat tu sampaikan penantian atau penunguan kita itu tidak kita berasa seksa pun. zat seksa menunggu di batasi oleh ketakutan kekuasaan dan kebesaran ALLAH s.w.t di depan mata kita di waktu itu. ini membuktikan, betapa hebatnya penantian itu, walau mampu membuat kita seksa, kekuasaan ALLAH itu lagi agung kehebatannya.

lelaki itu tadi masih menunggu. selesai kita bercakap tentang kisah menunggu malah kita sempat pula untuk membincang hal menunggu tersebut. semoga kisah ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada pembaca. kisah ini adalah kisah menunggu dan di sertakan sorang lelaki yg di jadikan contoh atau model utk menunjuk dan menerangkan sifat menunggu itu tadi. walau kita sudah susahkan lelaki tersebut, kerana membuat dia menunggu di dalam rumah sambil memerhatikan cahaya di tingkap rumahnya itu, lelaki itu masih belom menemuai jawapannya kenapa dia masih menunggu. oleh kerana kesiankan lelaki tersebut, saya sebagai penulis ingin memberi tahu, kepada dia mahupun pembaca, kenapa dan apakah alasan lelaki tersebut menunggu kali ni. jawapannya ialah senang dan ringkas, iaitu kerana saya sebagai penulis yang menulis lelaki itu menunggu. suka hati saya la saya nak tulis dia tunggu dimana, dan apa yang dia buat sambil menunggu dan kenapa dia tunggu. so, skrg mari kita berterima kasih kepada lelaki itu tadi kerana sudi menunggu untuk kita semua..

Kenangan di Alor Star Kedah

kEnAnGaN di sKuDaI JoHoR BhArU,,